21 November 2009

pause period..

salam,
I'm in a pause mode,, why?
because its exam this Monday and Wednesday.
its my first exam since that incident, so what i have to do
is do my best and try to score good marks.
That's my only goal this time. look i know I'm not as good as my siblings
in writing in english. but I'll try.
for the next post regarding my health in Malaysia, I'll write about it after the exams.
wish me luck.
also not to forget, happy eid this becoming 27th November..
still we got time to fast this first 10 days.
Allah promised great rewards.
okay, till we meet next time.

12 November 2009

Kisah kesihatanku

salam

bertemu kembali, seperti tajuk diatas, post ni berkaitan kesihatan saya sepanjang 4-5 bulan ni,,cegala cerita berasal daripada orang bercerita kepada saya..
secara ringkasnya begini..

selepas kemalangan berlaku, saya kehilangan consciousness dan terus koma. saya dimasukkan dekat hospital dekat mana taktau, tapi berhampiran Safaga. tak lama kemudian dipindahkan ke hospital Kasr El-Ainy..
sejurus selepas itulah, berita tentang saya tersebar secara luasnya sehinggan sampai ke pengetahuan ibu bapa. mereka berdua bergegas hadir mesir untuk melihat apa yang berlaku meninggalkan adik-adik di malaysia.

di hospital kasr ainy, saya dimasukkan di wad neurologi kerana saya didiagnoskan mengalami brain contusion di frontal, parietal dan occipital lobe..banyak MRI yang diambil dan kesemuanya ibu saya membawanya balik ke rumah di malaysia. ada dalam 20 keping MRI untuk brain dan juga lung saya. diceritakan saya menghidap beberapa lung infections disebabkan tertelan muntah, (aspiration pneumonia).

selama 20 hari saya koma dan 40 hari di dlm wad. kebnyakkan hari di wad neurology, kemudian setelah diminta oleh mak and ayah, saya dipindahkan ke wad biasa. terlalu ramai yang lawat saya di hospital termasuklah pasukan dari Berita Harian dan pasukan misi kemanusiaan ke Gaza.

di hospital, oleh kerana saya koma, makan dan minum saya adalah daripada tiub2 yang dimasukkan dalam mulut saya...kesakitannya.. hanya ibu bapa dan kawan2 yg tahu. turut dimasukkan adalah catheter, dan tk lama kemudian ditukarkan ke pada tiub balut kemaluan sahaja. najis2 saya, dibasuh oleh brader2 jururawat di hospital.
Semasa tiub dimasukkan, mungkin secara reflex saya beusaha mencabut segala tiub yang ada. hasilnya, jururawat terpaksa mengikat saya kerana terlalu banyak bergerak. ada kesan2 sampai sekarang bekas kena ikat, tapi semua makin hilang la sekarang.

dalam seminggu sebelum balik ke malaysia, saya cuba makan dan minum makanan betul. yang menyuapkannya adalah mak ayah, doctor2 di kuliah, n kawan2 semua. ada sekali tu, saya mintak yogurt nenas, puasla orang puasla orang pergi mencari, akhirnya saya tk makan pun..hahaha..ade ke yogut nenas??? mungkin kata2 keluar dari otak saya kot.

di hospital, saya bercakap bahasa yang orang lain tk faham. bahasa arab, english, israel, bahasa purba dan bahasa2 lain. ibu saya khuatir saya dimasuki makhluk halus, lalu memanggil ustat utk mengubati. namun sebenarnya tiada apa2. post-traumatic complications kot. begitulah sedikit sebanyak kisah saya di hospital di mesir.

saya kemudiannya dibawa pulang oleh ibu bapa. sebanyak 6 seat diambil utk diubah-suai menjadi katil. seorang doctor ditugaskan utk mengiringi saya balik, kot2 jadi apa2. alhamdulillah tkde apa yang berlaku..cuma saya disuapkan air untuk elak haus. begitulah kisahnya sedikit sebanyak di mesir, kisah di malaysia saya akan cerita di post lain..

sambungan sikit, jumlah kos rawatan saya di mesir mencapai 140,000 genih. ooo~ byk sangat tu. nasib baiklah JPA yang bayar. lepas ni dah tk boleh lari dari JPA la bila kerja nanti. pasal kesihatan sekarang, berat saya turun mendadak sekarang dan byk seluar lama tk boleh pakai, besar sgt. namun sekarang dah bertambah berat dan montel :). sewaktu puasa 47 kg, sekarang sudah 54 kg. insyaAllah akan cuba berusaha lagi,,

ok lah tu jer setakat ni dulu,, kisah selanjutnya akan diberitahu di masa akan datang,,assalamualaikum..

07 November 2009

Beware

pergi website ni dan tgk camana ayam2 dekat KFC diproses,
ni mungkin dekat US, tapi kata dekat mesia Ok, tapi igt,
org kafir pun boleh sedar dan kritik sendiri KFC diorg,,
kita apa kurangnya, tk kesah la mana2 negara2 pon,,
cukup2 la tu makan kt kedai tu, byk lagi cara2 nak buat ayam tu
atau lagi sedap dari KFC sendiri,,

http://www.kentuckyfriedcruelty.com/

05 November 2009

sambungan..

salam.
setelah lama tinggalkan menulis, sambung la skit..
okay dekat malaysia..
byk problem yang saya hadapi,,
yang pertama cepat lupa tarikh dan hari..oleh itu mak saya buat macam whiteboard utk tulis hari dan tarikh2 appointment yang ada..
kedua mengenai solat...sebelum daripada seminggu sebelum puasa tu, saya mungkin tk solat, tapi ade juga yang ajar dan ajak saya solat,, ibu bapa, adik dan kawan...mereka yg ajar saya balik,,pastu ambil mudhu', pasal ni sequence utk basuh mana dulu saya lupa..tapi setel difikirkan lama2, tgk org ambil wudu', baru la nak igt,
mengenai segala appointment tu, ade pergi Hosp Serdang, Hosp KL ngan hosp putrajaya,
kat serdang buat physiotherapy, kt KL pegi neurolohgy nyer dept., ade sekali ade buat test, kt putrajaya buat test pancaindera, kot2 ade defect kat mana2..
pasal org datang melawat plak, amazingnya diorg kata saya boleh kenal diorg, tk tau la camner,,tapi segala event tu sumer saya tk igtla..
ramai datang, sedara mara, jiran, kawan2, laki atau perempuan..
diorang kata saya ni seorang perndiam,, tapi rasanya sebelum ni mmg pendiam pon,,maybe lagi diam la,
semua kisah2 ni byknya org yg ceritakan, saya sendiri nak tau susahla, kecuali bermula seminggu sebelum ramadhan..
alhamdulillah saya dapat habiskan puasa dan tarawikh secara full..
pasal makan pula, saya punya kuantiti makan berkurang, seciput je amik nasi, bukan tk selera, makan je, tapi makan sikit je dh knyg, sekarang ok la makan,,dah balik macam biasa kot..
okay mengenai recovery saya, mungkin ramai yg nk tau,,sape yg duduk dekat dgdn saya mungkin igt saya dah sembuh sepenuhnya,,tapi sekarang baru 90% , angka ni saya sendiri yg nilai, bukan Dr.
Dr, kata injury saya ni , yg dinamakan brain contusion ni akan menunjukkan tanda nak pulih sikit 6 bulan hingga 2 thn, sekarang baru nk masuk bulan ke 5, so tk tau la, mungkin saya punya recovery ni cepat sikit kot, alhamdulillah..
and sekarang mmg kena study lebih sikit, tk tau la ni normal ke untuk sume org atau perasaan saya, kot2 saya ni terlebih risau..tu jer...
ok la, ni saja nak tulis, panjang la pulak, harap bersabar le nak baca semua tu ye..
ada lagi kisah2 yg tk didceritakan lg, di masa lain pulak ye..
ok wsalam..