12 November 2009

Kisah kesihatanku

salam

bertemu kembali, seperti tajuk diatas, post ni berkaitan kesihatan saya sepanjang 4-5 bulan ni,,cegala cerita berasal daripada orang bercerita kepada saya..
secara ringkasnya begini..

selepas kemalangan berlaku, saya kehilangan consciousness dan terus koma. saya dimasukkan dekat hospital dekat mana taktau, tapi berhampiran Safaga. tak lama kemudian dipindahkan ke hospital Kasr El-Ainy..
sejurus selepas itulah, berita tentang saya tersebar secara luasnya sehinggan sampai ke pengetahuan ibu bapa. mereka berdua bergegas hadir mesir untuk melihat apa yang berlaku meninggalkan adik-adik di malaysia.

di hospital kasr ainy, saya dimasukkan di wad neurologi kerana saya didiagnoskan mengalami brain contusion di frontal, parietal dan occipital lobe..banyak MRI yang diambil dan kesemuanya ibu saya membawanya balik ke rumah di malaysia. ada dalam 20 keping MRI untuk brain dan juga lung saya. diceritakan saya menghidap beberapa lung infections disebabkan tertelan muntah, (aspiration pneumonia).

selama 20 hari saya koma dan 40 hari di dlm wad. kebnyakkan hari di wad neurology, kemudian setelah diminta oleh mak and ayah, saya dipindahkan ke wad biasa. terlalu ramai yang lawat saya di hospital termasuklah pasukan dari Berita Harian dan pasukan misi kemanusiaan ke Gaza.

di hospital, oleh kerana saya koma, makan dan minum saya adalah daripada tiub2 yang dimasukkan dalam mulut saya...kesakitannya.. hanya ibu bapa dan kawan2 yg tahu. turut dimasukkan adalah catheter, dan tk lama kemudian ditukarkan ke pada tiub balut kemaluan sahaja. najis2 saya, dibasuh oleh brader2 jururawat di hospital.
Semasa tiub dimasukkan, mungkin secara reflex saya beusaha mencabut segala tiub yang ada. hasilnya, jururawat terpaksa mengikat saya kerana terlalu banyak bergerak. ada kesan2 sampai sekarang bekas kena ikat, tapi semua makin hilang la sekarang.

dalam seminggu sebelum balik ke malaysia, saya cuba makan dan minum makanan betul. yang menyuapkannya adalah mak ayah, doctor2 di kuliah, n kawan2 semua. ada sekali tu, saya mintak yogurt nenas, puasla orang puasla orang pergi mencari, akhirnya saya tk makan pun..hahaha..ade ke yogut nenas??? mungkin kata2 keluar dari otak saya kot.

di hospital, saya bercakap bahasa yang orang lain tk faham. bahasa arab, english, israel, bahasa purba dan bahasa2 lain. ibu saya khuatir saya dimasuki makhluk halus, lalu memanggil ustat utk mengubati. namun sebenarnya tiada apa2. post-traumatic complications kot. begitulah sedikit sebanyak kisah saya di hospital di mesir.

saya kemudiannya dibawa pulang oleh ibu bapa. sebanyak 6 seat diambil utk diubah-suai menjadi katil. seorang doctor ditugaskan utk mengiringi saya balik, kot2 jadi apa2. alhamdulillah tkde apa yang berlaku..cuma saya disuapkan air untuk elak haus. begitulah kisahnya sedikit sebanyak di mesir, kisah di malaysia saya akan cerita di post lain..

sambungan sikit, jumlah kos rawatan saya di mesir mencapai 140,000 genih. ooo~ byk sangat tu. nasib baiklah JPA yang bayar. lepas ni dah tk boleh lari dari JPA la bila kerja nanti. pasal kesihatan sekarang, berat saya turun mendadak sekarang dan byk seluar lama tk boleh pakai, besar sgt. namun sekarang dah bertambah berat dan montel :). sewaktu puasa 47 kg, sekarang sudah 54 kg. insyaAllah akan cuba berusaha lagi,,

ok lah tu jer setakat ni dulu,, kisah selanjutnya akan diberitahu di masa akan datang,,assalamualaikum..

4 comments:

  1. bukan pasukan berita harian tapi kumpulan bantuan kemanusiaan ke rafah. 20 hari koma, 30 hari di icu dan selepas 42 hari baru dibawa balik ke malaysia.

    ReplyDelete
  2. eckm, selain melalut dalam bahasa purba... kamu juga banyak sebut "Alluhu Akbar" dan "subhanAllah".
    Oh dan kamu juga selalu halau aku :(

    ReplyDelete
  3. oho segala bahasa yg aku cakap tuh manela aku nk sedar, entah2 ilham lepas ni aku dadpat kuasai bahasa2 tu ke..hehe..sprry dam kena halau, aku rase ramai je kena halau,,kesian korang ahaks...

    ReplyDelete
  4. teringat waktu ko & aman mula2 sampai dari safaga kat depan pintu kecemasan kasr el ainy. ko tak sedar,benafas laju,mcm gaya seizure pon ade kadang2..ramai gilir2 pegang ko kuat2. alhamdulillah sekarang ko dah sihat. kawan2 ko ramai,eckm. sume doakan ko especially dak2 batch ko memang derang supportive habes. hari2 hospital penuh ngan dak melayu sebab nak ziarah. tp kadang2 ramai2 kene halau sekali dengan adam la tu. heh. k,saje je singgah baca2 blog ko. cepat2 100% recover okeh

    ReplyDelete