Posted: Friday 28 May 2010 -
3 comment(s) [
Comment ] -
0 trackback(s) [
Trackback ]
menyalin satu sketsa dari Abu Muawiyah:
"pukul 12am;
A: ukhti,nanti kejutkan ana
untuk qiam malam ni..
...B: akhi,insyaALLAH..
pukul 4am;
B: akhi,dah
bangun ke?
A: alhamdulillah baru je bangun. Btw,jazakillah kerana
membantu ana..
B: afwan, ok doakan ana sekali ye. SALAM MUJAHADAH!!
p/s: tiada
kena mengena dengan sesiapa,renung-renungkan pro-contra nya.. "
Antara respon dari sahabat2..^_^
Abu Umar Ahmad Syarief: Hubungan yang terjalin di atas wadah yang salah, akan tetap menyimpang.
Lebih bahaya, apabila berlaku belitan Iblis. Menyangka ianya Islamik padahal mereka sebenarnya hampir masuk ke zon terlarang.
Ummu Zayd Lyn Mahfuz: “Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara engkau sudah mampu (lahir dan batin untuk menikah), maka segeralah menikah, karena menikah itu menjaga penglihatan dan kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu untuk itu, maka hendaklah dia berpuasa, karena puasa itu menjadi penahan nafsu (atau dapat menjaga dirinya).” Shahih Bukhari,no4.
Maisarah Nuruljannah Mat Isa:"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." (al-Isra: 32)
komen saya:cinta islamik hanya berlaku selepas pernikahan,sekalipun semasa pertunangan,pergaulan antara keduanya perlu dijaga,kerana pertunangan hanyalah sebuah perjanjian untuk bernikah,kita sedia maklum,sebuah percintaan yang terbina antara lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah adalah haram,kerana ianya menghampiri kepada zina,termasuklah zina mata,zina hati,dan segala anggota yg terlibat. Namun lahirnya cinta dihati adalah fitrah manusia,tapi untuk menzahirkan rasa cinta secara haram bukanlah satu fitrah,tapi menyimpang kepadanya,andai sudah bersedia untuk berumahtangga,bernikahlah,andai belum mampu,usahalah untuk mengajar hati dan nafsu untuk bersabar dengan berpuasa.kebahagiaan rumah tangga hanya diperoleh dengan adanya keberkatan,maka untuk ada keberkatan,ianya perlulah bermula dengan cara yang halal.perkahwinan yang terbina secara maksiat,hanya mampu melahirkan keluarga yang bergelumang dengan maksiat,wal i'yadzubillah,sama-samalah kita beringat,beramal dan memperbaiki amalan.insyaAllah..^_^
wah pndai ko eckm, sape ukhti tu ihik2
ReplyDeleteade r
ReplyDelete