Nak sambung cerita hati tu.
Setibanya di London, kami berempat bergerak ke rumah pakcik Afify.
Oleh kerana kami menumpang di rumah dia, perbelajaan untuk penampatan
dapat dijimatkan. Setibanya di rumah, kami berkemas dan terus masuk tidur.
Keesokan harinya, 10 Feb. kami keluar berjalan-jalan sekitar London.
Kami mulakan dahulu dengan membeli Oyster card bagi memudahkan perjalanan sekitar London menaiki London tube.
Ah, tkar style bahasa ah, tk sronok ah skema2 nih,
Oyster card tu mcm kad touch and go kt mesia la...kalau baki dah kurang, gi top up la kt machine die.
first destination kitorang ke Emirates stadium.
kt sni tk pegi pun stadium tour die. cme kitorang gi kedai arsenal utk beli barang2 arsenal macam cawan, key chain, baju dam lain2.
habis 2 jam kt stadium, kitorang pegi solat kt satu masjid kat Hyde Park., then makan tgh hari.
quite sedap la makannye, tapi kalau nk banding dgn mesia, mmg makanan die mahal la...
7 pound = equal to around RM40.
tapi tk kesah la kan, tu la namenye berjalan. kne korban2 la skit duit tu.
next thing kitotang ke London Eye, mende bulat tu yg pusing2 tu.
menarik gak sbb dapat view satu London naik mende nih.
kemudian, sekitar tu ade plak the Big Ben..kitorang gi amek2 gambar skit.
then after pergi tgk London Bridge, Tower Bridge and lastly,Tower of London.
agak2 pkul 9, kitorang balik. sesampainye kt rumah, ade dinner pakcik pepe masak. Sepanjang kt London, byknye kitorang makan kt rumah, uncle and makcik Pepe masak. Fuuuh jimat la duit makan. Furthermore, accommodation pun kitorang leh jimat, duit kitorang bawak tu gune utk jalan-jalan shopping je. So that's all for the first day in London.
Sronok la dapat tengok negara org kan. Macam ade sorang ulama' ni cakap, dia jumpa Islam di barat tapi tiada orang Islam. mmg civilized betul diorang. dari segi kebersihan, adab dengan orang and percakapan dengan orang. baik btol diorng nih. cuma Islam je kite orang2 Islam kurang sampaikan kt diorang. kurang berdakwah la. so ape kite leh wat, cuba berdakwah dengan cara2 yg Nabi dah ajar or at least, berdoalah untuk kebaikan and keislaman manusia.
macam tu la, elok berjalan kt tempat orang nih. tengok camner kehidupan diorang sume.
alright, till next time.
Ada banyak kenangan di UK yang boleh along ingat kembali. 15 tahun yang lalu . 2 kali along pergi London. Sekali satu family dan kali kedua berdua dengan ayah untuk buat sijil lahir adik. InsyaAllah kalau panjang umur dan murah rezeki nak juga mengimbas kembali jejak2 yang ditinggalkan di sana.....
ReplyDelete