21 February 2010

peristiwa Sharm El-Sheikh

Assalamualaikum..

Pertama sekali nak cerita tentang apa yang berlaku pada awal-awal rancangan kami ke U.K.

Seperti yang dirancang semenjak 2-3 bulan yang lalu..Tarikh kami bertolak telah tiba, 8 Februari 2010. Kami bersiap sedia bertolak dari Kaherah ke Sharm pada 7 haribulan dadn tiba di Sharm pada 8 Feb. Dipendekkan cerita, flight kami dari Sharm ke London pada pukul 7 petang. Kami tiba di airport semenjak pukul 4 lagi. alhamdulillah kami ke kaunter check-in dan selesai mendapat boarding pass masing-masing.

Kemudian kami berkumpul di suatu penjuru, menunggu masuknya waktu maghrib. 20 minit sebelum azan, tiba-tiba orang yang jaga kaunter check-in tu datang jumpa kami dan meminta boarding pass dan passport kami. Dia kata ada sesuatu yang dia mahu semak. 30 minit kemudian, kami mula sangsi, apa masalahnya dengan passport dan boarding pass kami. Lama lepas itu, kami dapat bercakap dengan manager Easy Jet Mesir melalui telefon, dia meminta penjelasan perjalanan kami. Namun setelas berhempas pulan bercakap dengan dia dan pegawai di kaunter tadi, hasilnya kami memang tidak dapat fly pada malam itu.

Mendengar keputusan ini, perasaan kami bercampur-hadup dengan marah, kecewa dan sedih. Usaha selama 2 bulan seolah-olah sia-sia. Penjelasan mereka, mereka pelik, kenapa kami beli tiket one way ke London dan dadlam perjalanan pulan semula ke Kaherah, kami ada transit selama 5 jam di Geneva, kemudian kembali ke Mesir. Setelah menjelaskan etika perjalanan kami kepada pegawai kaunter, alhamdulillah dia memahami kenapa kami berbuat demikian. Tujuan kami mengambil multiple flights ini adalah kerana perjalanan secara itu adalah lebih murah. Tapi, masalahnya timbul pada peringkat manager Easy Jet di Mesir. Dia tetap tidak bersetuju. Pasal apa, kami pun tak tau. Pegawai kaunter tadi kata, manager tadi ada kuasa untuk membatalkan flight sesiapa sahaja.

Kami sangat marah dengan dia, macam-macam perkataan tak elok keluar daripada mulut kami. Tapi kami tetap kawal perasaan kami dengan bersabar sesabar-sabarnya. Akhirnya, kami memang tak fly malam itu, dan mengambil keputusan untuk pulang ke Kaherah semula dengan hati yang berkecamuk. Pagi 9 Feb kami tiba di rumah.

Tetapi, pagi itu dalam pukul 10.00, tiba-tiba, aku mendapat ilham. Tetap mahu, pergi ke London. Lepas itu, aku mencari tiket flight di internet, melihat mana-mana airways yang available. alhamdulillah, aku dapat jumpa flight syarikat BMI (British Midland International) yang harganya mampu dibeli on the spot. Then, aku pun khabarkan kepada rakan-rakan yang lain tentang berita ini, mereka semuanya bersetuju kecuali Najib. Maka tengah hari itu juga kami berempat pergi ke syarikat BMI di Tahrir untuk membeli tiket flight itu, yang penerbangannya pada petang itu juga.

Jam 5.15 petang, 9 Feb, kami pun selamat bertolak dan tiba di London pada malamnya waktu London. Kami berempat rasa sangat bersyukur kerana impian kami untuk melancong pada cuti winter ini tercapai.

Hurmmm, setakat itu dahulu nak cerita. selebihnya akan diberitahu pada masa akan datang. : P

No comments:

Post a Comment