its been a while since I've wrote something here.
maybe i'm busy or a bit lazy to post something here.
or perhaps busy revising ENT in preparation for the test this Wednesday, next week.
well, leave that.
you know, to think that I'd really wrote an article to be published in one of the PERUBATAN magazaines last year, it's quite cool huh. its an article about self motivation about how to be ready for the exams and stuffs like that.
well, i'll post them here in 3 series coz its gonna be a bit lengthy.
enjoy...
___________________________________________________________________
part 1/3
“Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
Merenung kata-kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya di atas, maksudnya seolah-olah semua tanggungjawab yang wujud di atas dunia ini terpikul di bahu kita. Tapi mampukah tenaga dan upaya fikiran kita buat semua benda sekali gus? Kalau ada pun, mmg sempurna sangat la orang ni. Manakan wujud. Maka kerana itulah setiap yang lahir pada zaman dan tempatnya semestinya ada peranan terhadap dunia sekelilingnya.
Mungkin ramai yang terbayang, alangkah seronoknya menjadi burung, terbang, mancari makan tanpa menghiraukan masalah lain seperti pelajaran, kerjaya atau melayan karenah manusia. Ataupun terbayang menjadi prozoa, unicell yang agaknya kehidupannya mereka begitu mudah. Namun tidak, gunakanlah segala potensi yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.
Merenung kata-kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya di atas, maksudnya seolah-olah semua tanggungjawab yang wujud di atas dunia ini terpikul di bahu kita. Tapi mampukah tenaga dan upaya fikiran kita buat semua benda sekali gus? Kalau ada pun, mmg sempurna sangat la orang ni. Manakan wujud. Maka kerana itulah setiap yang lahir pada zaman dan tempatnya semestinya ada peranan terhadap dunia sekelilingnya.
Mungkin ramai yang terbayang, alangkah seronoknya menjadi burung, terbang, mancari makan tanpa menghiraukan masalah lain seperti pelajaran, kerjaya atau melayan karenah manusia. Ataupun terbayang menjadi prozoa, unicell yang agaknya kehidupannya mereka begitu mudah. Namun tidak, gunakanlah segala potensi yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.
Allah telah sebut dalam al-Quran:
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١١٠
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Surah Al Imran, ayat 110)
Lantaran itu, artikel ini bukanlah sebagai jawapan unggul terhadap persoalan peranan kita di dunia ini, tapi harapnya pembaca sekalian mengambilnya sebagai titik tolak ataupun stimulus untuk kita mula ataupun terus bergerak membina diri untuk memenuhi tuntutan peranan di dunia dan juga sebagai hambaNya.
Sebagai pelajar di apa jua peringkat atau ilmu, tugas kita sememangnya untuk mengambil ilmu sebanyak yang mungkin. Kemudian, seperti biasa, apabila tiba masanya, mahu menjawab peperiksaan, sasarannya mendapat keputusan yang baik ataupun sesetengah daripada ungkapkan “alaa, janji lulus sudeyh~”. Menjadi masalah yang membelenggu setiap daripada kita, sikap MALAS.
Kalau belum sampai musim periksa, jangan harap hendak baca sepotong ayat pun dari buku. Kononnya sibuk dengan perkara-perkara lain. Alhamdulillah, mereka yang mengahbiskan waktu untuk berjuang dalam agama atau persatuan, masa-masa yang mereka habiskan InsyaAllah tidak terlepas daripada mendapat ganjaran Allah. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita untuk meninggalkan tanggungjawab sebagai pelajar. Apatah lagi mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan computer, layan movie, drama-drama korea , internet, games dan sebagainya. Ingat time will always show it’s back on us unless we turn our back to them.
Pesan Dr Shuib sebelum beliau meninggal Mesir, “belajar bersungguh-sungguh, ini bukan ayat karangan”. Sering menjadi tabiat kita, apabila dinasihati untuk belajar bersungguh-sungguh, kita ambil mudah sahaja kata-kata ini. Namun, maksudnya sangat besar. Benar, mengejar segenap ilmu bukan tugas yang mudah, terutamanya kita yang terikat dalam bidang perubatan. Ramai yang tahu tentang kebolehan tokoh-tokoh Islam pada kurun-kurun yang lepas.
Mereka mampu menguasai pelbagai ilmu serentak, perubatan, fizik, matematik, astronomi dan sebagainya. You name it, Al-Razi, Al-Zahrawi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan ramai lagi. Mereka semua hebat. Kenapa mereka begitu eager dalam ilmu sedangkan kita leka dengan hiburan-hiburan. Ya, hiburan merupakan antara punca utama pelajar kita leka dalam mengejar ilmu. Mereka banyak menghabiskan banyak masa dan wang mencari kepuasan dunia dan memenuhi kehendak nafsu sendiri.
أستغفر الله
No comments:
Post a Comment