part 3/3
Situasi 2, “Aku baca buku awal-awal ni, nanti dekat peksa aku lupe jugak, kena mula dari awal balik, baek aku studu last minit”...
Rasanya kebanyakkan daripada menghadapi dilemma ini. Pendek kata, mereka yang fikir sebigini, matlamatnya hanya untuk menjawab peperiksaan, dan bukan menguasai ilmu itu sendiri. Lulus atau mendapat result yang baik dalam periksa memang penting di atas kertas untuk naik tahun atau mendapat ijzarah. Namun, selesai mendapat ijazah, berapa banyak ilmu yang masih lekat di kepala.
Betul, sebahagian pembacaan awal memang kelak akan kita lupa apabila menjelang peperiksaan. Tapi, kita mungkin tidak sedar ianya sangat membantu kerana sekurang-kurang kita pernah melaluinya (sesuatu topik) sekali lalu. Maka rakan-rakan, janganlah segan silu untuk membelek buku-buku yang berhabuk atas rak tu. Remember why and what you came here for?
Situasi 3, Situasi 3: “Alaa, nanti spot2 soklan kan ade, baca yg tu ckup la, yg tak penting tak masuk peksa”.
Renungi nasihat Dr Nada Abd Azez, “berusahalah daripada sekarang untuk menjadi seorang Doktor yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam segala tindakan anda. Ketahuilah tugas yang anda pikul sekarang adalah tugas yang amat berat namun terlalu mulia di sisi Allah Taala”. Tanda kita ikhlas dalam ilmu ialah kita bersungguh untuk grasp dengan tamaknya segala banyak ilmu yang boleh kita genggam tak kira betapa sukarnya ilmu tersebut.
Matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek juga perlu dibentang supaya kita tidak lari dari landasan agenda dalam time frame kita. Akhir sekali perbaharuilah niat sentiasa. Tugas dan kewajipan yang perlu dipenuhi seorang pelajar.
Banyak lagi situasi yang mungkin anda boleh baca sendiri di buku-buku atau tulisan motivasi yang lain yang mungkin anda sudah muak telaah. Jadi, bertindaklah sekarang wahai pemuda, hentikanlah angan-angan mega anda jika masih leka dengan dunia hiburan dan mainan suka-ria anda. Memang, usia belia sering mencari kepuasan dan keseronokkan sendiri. Tapi jangan sampai terlaku leka hanyut dengan tipu daya syaitan dan hawa safsu.
Ingat matlamat kita dalam menuntut ilmu. Jadidkan pesan mak ayah sebagai pendorong sumber inspirasi kita sewaktu kita terasa ‘down’.
Sebagai konklusi, renungilah kata-kata seorang doktor kepada seorang doctor;
“Sesungguhnya (doktor) yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu Agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup dan matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doctor yang berjiwa besar yang sanggup memikul tuagasan yang penat ini, Tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam yang empuk dan kehidupan yang senang lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihiwasallam telah memberitahu keadaan yang sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk kami tidur wahai Khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!”
No comments:
Post a Comment