03 April 2010

something to share 2

part 2/3

Sedar!!! Ini agenda golongan kuffar. Menularkan aura-aura hiburan di jiwa pemuda di masa mereka, kuffar, gah berlumba-lumba menguasai ilmu, kerana mereka tahu akan kuasa-kuasa yang ada pada ilmu. Ilmu mereka mampu memisahkan umat Islam dari Agama mereka, realitinya kita boleh lihat dengan mata sendiri. Contoh mudah adalah system sekularisme di Turkey. Kebanyakan kita sedar dengan hakikat yang berlaku, mengasingkan apa yang diajar Islam dengan urusan duniawi. Namun sekada redar tanpa tindakan, hasilnya kosong juga.

Berikut digambarkan fikiran-fikiran yang mungkin melanda diri kita. Peranan kita sebagai pelajar dan kehendak-kehendak diri yang juga bergelar remaja atau belia. Mungkin apa yang dibentangkan di bawah tepat dengan condition yang dialami olehnya.

Persoalan;

Situasi 1: “aiseh, kena study lagi, takkan nak baca buku je keje!!?, masuk air la otak”...

Situasi 2: “Aku baca buku awal-awal ni, nanti dekat peksa aku lupe jugak, kena mula dari awal balik, baek aku studu last minit”...

Situasi 3: “Alaa, nanti spot2 soklan kan ade, baca yg tu ckup la, yg tak penting tak masuk peksa”.

Itu ayat-ayat biasa yang bermain dalam pemikiran kita yang terbatas ni. Pokoknya, memang perasaan malas itu sangat menebal dalam diri kita. Bagilah apa-apa alasan pun. Apa agaknya cara untuk mengubati untuk penyakit malas yang membelenggu diri.

Situasi 1, memang membaca buku berterusan atau mendengar kuliah yang panjang, sangat membosankan dan memeningkan kepala. Kajian yang menunjukkan bahawa otak manusia hanya mampu member fokus sepenuhnya untuk setengah jam yang pertama sahaja. Selebihnya penumpuan kita terhadap pelajaran akan mula kabur.

Mudah untuk diatasi. Cara yang dicadangkan ialah dengan system “reward yourself”. Contoh mudah, baca buku 30 minit kemudian berhenti untuk bermain solitaire satu pusingan atau borak-borak dengan kawan, kemudian sambung balik baca buku. Banyak cara-cara lain yang sesuai dengan diri boleh difikirkan sendiri. Tapi bahayanya, jangan sampai tempoh reward melibihi masa belajar kita. Baca bukunya hanaya setengah jam, tapi masa rehatnya sampai 1-2 jam. Oleh itu, disiplinkan diri dan kenali kemampuan belajar.

No comments:

Post a Comment