04 December 2009

Kisah kesihatanku 2

salam..

lama saya menyepi..
baik, saya pulang ke malaysia pada pertengahan bulan 7..
saya naik Egypt air. macamana saya balik?..pihak flight terpaksa mengggunakan 6 buah seat untuk diubah suai menjadi katil supaya saya mudah baring..seorang Dr, Dr Mustafa ditugaskan untuk memantau saya balik ke malaysia..nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku semasa dalam flight..

sampai di malaysia, saya dibawa ke wad neorologist di Hospital Kuala Lumpur..saya duduk di sana selama seminggu..kemudian saya pulang ke rumah saya..saya mmg tk tahu apa yg berlaku di hospital, mmg tk ingat....
di rumah macam biasa,,ramai yg dtg melawat, kawan sekolah SMAP dulu, jiran-jiran, saudara-mara, kawan-kawan saya, mak dan ayah..dan juga kawan-kawan dari mesir. yang ni saya ingat sikit2.
okay, bemula seminggu sebelum puasa, saya mula benar2 'waras'. makna waras ni,..
saya boleh igt apa yg berlaku, dan saya mula bertanyakan apa yang berlaku selama ini..
macam soalan yg saya tanya kepada ibu saya..
"macam mana tiba2 boleh ada kt malaysia ni??bukan masih tgh exam ke??"..

berbalik kepada kisah kesihatan,
saya mengalami masalah dengan joint di tangan, dimana saya hanya boleh bengokkn tgn kepada 90 darjah. kemudian ayah membawa ke tukang urut di kajang. selepas itu saya boleh angkat tinggi sikit.
tk cukup dengan itu, saya juga pergi ke tabib cina, membuat cara urutan dia. agak memedihkan, tapi sekarang tangan saya sudah okay.

kedua, saya menjalani rawatan physiotherapy di hospital serdang..menaiki treadmill utk kaki saya, mesin cycling, memori test dan macam2 lagi.agak menyampah jugak dengan semua test2 tu, tapi sebab namanya rawatanm, terpaksalah saya ikut juga.

ketiga, selepas pada itu, saya ke HKL semula untuk menjalani ujian neurology. Dr kata saya lulus ujian itu, tapi katanya sebagai medical student, saya sepatutnya achieve higher marks in the test. dia kata mungkin masa belajar saya kena double or triple effort saya daripada sebelum ini. oleh itu, saya kena rajin sikit la sekarang..tapi itu saya kena atasi dgn berfikir yang sebenarnya saya tetap boleh cemerlang macam sebelum ini. saya tk boleh terlalu risau.

keempat. saya juga ke Hosp Putrajaya utk ujian pancaindera, kalau2 ada kesan lepas accident tu. tapi nasib baik tk ada apa2..saya juga ke klinik untuk masalah kegatalan dan urination. tapi kesemua itu beransur hilang.

saya ada kena makan ubat anti epilepsy, sebab brain injury ada risk untuk dapat epilepsy, skrang ubat itu dh habis dimakan. kini hanya makan supplement sahaja, untuk menguatkan minda. saya juga kena makan makanan yang berkhasiat macam kismis, almond dan sebagainya.
Ermm, itu sahaja kot yang saya mahu cerita..kalau ada musykilah, sila bertanyakan soalan. saya akan buka ruang untuk bertanya..
sekian..

No comments:

Post a Comment